Pages

Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

Fasting Month of Ramadhan

salam...
dalam bulan puasa ni banyak dugaan yang datang mencuba kekuatan iman kita. Semoga kita dapat menempuhi dengan penuh sabar dan penuh kukuatan. Harap kita antara orang yang berjaya didunia dan akhirat. 


كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),  serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).  (Surah Ali `Imran: 110)

Tuesday, February 14, 2012

hidup

kata2



hidup umpana roda adakala kita di atas dan adakala kita di bawah. susah untuk orang memahami kita.

p/s: just pray for forgiveness to Allah. insya Allah kita akan diampunkan jikalau kita ikhlas...

Tuesday, January 31, 2012

LIFE

pokok




life become more better even we have a mistake that we do. back to your true path to get better life before we are late. praying to Allah & you'll get a NUR from Allah, insyaAllah...

shahadah


Love Allah you'll get a benefit until the end... insyaAllah...

Thursday, January 5, 2012

mencari sinar pagi...

duri



hari yang mendung tidak selalu mendung dan hari yang cerah tidak selalu cerah. hidup ini ibarat macam mencari sinar pagi yang segar untuk meneruskan hidup. kalau di takdirkan sudah tertulis macam itu aku redho ya Allah.


duri


pape pun solat adalah tiang agama kita, kalau kita tak solat kita akan jatuh kan agama yang tercinta kita.

Sunday, August 28, 2011

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


54th independence day


salam....
post kali ni aku nak ucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke 54. Proud to be Malaysia.

Sama-sama doa kan untuk pejuang Tanah Air kita Malaysia. semoga mereka berada dikalangan orang yang beriman... al-Fatihah...

p/s: Selamat Menyambut Hari Raya Eidulfitri

Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa Kepada Muslimin & muslimat...

salam...
korang jangan lupa puasa k. ape-ape pun mari la di bulan "rezeki" ni kita mencari pahala yang berlipat kali ganda untuk kita bawak ke akhirat kelak...
selamat menjalani ibadah puasa...
salam...

Thursday, March 31, 2011

khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

salam...
hari ini aku nk berdakwah sedikit kepada semua, mula-mula aku terjumpa satu article tentang khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W di kedai gambar tempat aku kerja now. Tergerak hati aku nak mengambil dan membaca. Time aku baca article 2, aku rase sedih jugak... sedih la mane kan nabi kita tu...

ceritanya begini....
----------------------------------------------------------------------------------------------------

khutbah ini disampaikan Nabi Muhammad S.A.W pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah
wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yangdiamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlahbahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. 

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dan perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak di beri makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai mnusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikan zakat dari hartakekayaan kamu. kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala ape yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, AWASILAH agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. itu lah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------


ni ialah ucapan Nabi Muhammad S.A.W ketika khutbah....
harap-harap ape yang di sampai kan jelas. yang buruk datang dari kita, yang baik datang dari Allah..
sekian... salam.

Search

 
Powered by Blogger.

Followers