Pages

Sunday, December 17, 2017

Last 2017 Cameron Highland V2


Salam.
penutup bagi tahun 2017 bersama teman-teman baru dan teman-teman lama untuk ride bersama-sama ke Cameron Highland bagi kali ke dua.  Kali ini lebih ramai dari yang sebelum ini, nak lihat sila tekan di "LINK INI".



Kali ini seramai 14 orang yang sertai Ride Santai ke Cameron Highland in. Check point untuk berjumpa di kedai makan sebelum bomba Simpang Pulai pada pukul 9.30 pagi.


kami bertolak tepat pukul 10.30 pagi dari Simpang Pulai & akan berhenti di sempadan antara Perak & Pahang untuk sesi bergambar untuk kenang-kenangan.


Ride kali ini pelbagai jenis motor yang turut serta tidak kira yang baru mahupun yang lama. Alhamdulillah semua motor cemerlang dari pergi sampai lah pulang ke rumah masing-masing.

 
 



 setelah bergambar di sempadan antara Perak dan Pahang, next destination ke Mossy Forest dengan menaiki motor masing-masing. Perjalanan yang berliku dengan jalan yang licin sangat mencabar untuk didaki.


 Alhamdulillah selamat sampai kesemua motor dengan jayanye. sempat la kami bergambar diatas Mossy Forest sebagai kenangan untuk tahun 2017 yang akan berlabuh tirai tidak lama lagi.




 Nak story sikit di Mossy Forest kali ni cuaca sangat lah sejuk mungin disebab kan musim hujan hujung tahun penyebab suhu 24 darjah celcius. dengan jalan yang basah dan licin tulah kena berhati-hati.





 selepas turun saja dari Mossy Forest hujan pun membasahi bumi Cameron Highland dengan lebat sangat, sampai nak shoot gambar tidak dapat disebab kan pakai camera takot basah. Adalah sedikit gambar yang sempat tangkap sebelum nak pulang ke Ipoh.



 sekian itu sahaja gambar yang ada, harap next ride lebih seronok dengan kehadiran lebih ramai lagi. untuk kali ini pun Alhamdulillah semua selamat sampai. Sekian Salam

Cameron Highland V2 17.
20171217

No comments:

Post a Comment

Search

 
Powered by Blogger.

Followers