Pages

Monday, October 9, 2017

Kuala Gula 2017 Ride

salam,
bulan October punya aktiviti ride bersama rakan-rakan, kali ini destinasi kami adalah di Kuala Gula Perak yang bertempat di utara Perak. 



kali ni ride kami banyak cabaran sebab hujan, maklumlah moto tiada bumbung kan. Ok aku cerita sikit route ke Kuala Gula ni. Starting kami adalah di Meru, Ipoh tempat aku & geng berkumpul, next 1st stop di R&R Kuala Kangsar, untuk ada geng yang nak isi minyak, beli air dan keperluan lain. 



Setelah gerak untuk meneruskan perjalan kami, hujan pun membasahi bumi Alhamdulillah, kami bergerak slow untuk ke exit Alor Pongsu Perak, aktiviti bergambar memang terbatas atas sebab basah & camera tak boleh nak tangkap gambar (sayang camera). 



so kami sampai ke destinasi kami di Restoran JS Muara Kuala Gula, sini special nya adalah ketam lembut. Makan punya makan sampai lupa nak snap gambo disana(lapar sangat) adalah sedikit gambar untuk tatapan semua.




setelah selesai, kami pun gerak pulang untuk ke destinasi seterusnya ke Manjung Perak. Macam biasa la kan, pergi hujan balik pun hujan. picture yang dapat pun ada yang snap guna phone je. Route dari Taiping ke Manjung mencabar sikit sebab waktu dah gelap. Kami tiba di rumah masing rata-rata dalam pukul 12 tengah malam,




badan penat sangat sebab ride lebih 12 jam, so maaf lah apa yang kurang kali ini, next ride plan nak ke tempat makan juga, maybe ke Sungai Klah Sungkai. Harap kali ini jadi dan berjalan lancar. 

p/s: sorry la ada pic guna phone je, next ride aku belanja lagi picture best-best. Insya Allah.


20171008 Kuala Gula, Bagan Serai, Perak.






No comments:

Post a Comment

Search

 
Powered by Blogger.

Followers